kandungan fadhilat herbs

KANDUNGAN FADHILAT HERBS

POKOK KEMUNTING CINA / TAPAK DARA

Pokok Kemunting Cina juga dikenali sebagai Pokok Tapak Dara, Janda Kedah, Pokok Kembang Sari Cina, Pokok Ros Pantai dan beberapa lagi nama lain. Dalam bahasa Inggeris ianya juga dikenali sebagai Rossy Periwinkle. Dalam bahasa saintifiknya pula ia dikenali sebagai Catharanthus Roseus.

Pokok ini dipercayai berasal dari Madagascar. Kebiasaannya pokok ini mudah didapati di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir.

Keseluruhan pokok ini digunakan untuk mengubati cirit-birit, kencing manis, kanser, penyakit kulit, resdung dan leukemia.

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam pokok ini termasuk Catharanthine, Leorosine, Norharman, Lochnerine, Vindoline, Akuamine, Vincamine, Vinleurosin dan juga Vinrosidin.

ia juga terkenal kerana kandungan alkoloidnya seperti Vinbalistin dan Vincristine yang digunakan dalam kimoterapi kanser.

Dalam meraikan hari ulang tahun yang ke-10 (MAKNA) Majlis Kanser Negara turut meraikan hari periwinkle atau juga dikenali sebagai hari Kemunting Cina yang ke-8. Malah MAKNA menggunakan salah satu warna bunga pokok Kemunting Cina iaitu ungu sebagai logo MAKNA.

MELADA PAHIT

Pokok Melada Pahit dikenali juga sebagai pokok mempahit, sementara dalam bahasa saintifiknya ia dikenali sebagai Java Brucea.

Pokok ini ialah sejenis tumbuhan herba yang batangnya berkayu yang mengeluarkan buah. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima matahari secara terus.

Herba ini amat berkesan untuk mereda dan merawat masalah darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, kebas, lenguh, lelah, resdung dan juga cirit-birit. Selain itu pokok herba ini juga amat berkesan sebagai pencegah penyakit kanser dan juga batu karang.

Fakta ini dibuktikan dan disokong oleh Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya. Ia juga didapati cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian syarikat Jerman MERCK pada tahun 1901. Menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, kajian di Institut Penyelidikan Taiwan menemui beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (AMOEBIC DYSENTRY). Kajian juga sedang giat dijalankan di Thailand dan juga Hong Kong untuk mengekstrak bahan antikanser dari pokok Melada Pahit

0 ulasan:

Catat Ulasan